Selasa, 4 Jun 2013

ESEI-BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU 2


PEMARKAHAN
1
TUGASAN 1

2
TUGASAN 2

3
E FORUM


JUMLAH






PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013



KBP 3013
MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
KANAK-KANAK


TAJUK ESEI ILMIAH

ESEI-BAHAGIAN A

TUGASAN INDIVIDU 2

Pilih seorang murid yang mengalami masalah disleksia. Hasilkan satu laporan kajian kes yang terkandung  bahagian-bahagian berikut :
  • Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih.
  • Gambar-gambar berkenaan murid tersebut.
  • Masalah disleksia yang dihadapi murid tersebut dan punca masalah  tersebut
  • Rancangan Program Intervensi yang anda gubal untuk membantu murid tersebut mengatasi masalah disleksia yang dihadapi.
  • Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan dalam kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi murid yang dipilih.

20 Markah



KUMPULAN
Group UPSI-1(U)(A122PJJ)


DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
JURAYAH @ JANE BOTOHONG
D20102042506 
017-8015973


PUSAT PEMBELAJARAN: EL-S


NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR.MD NASIR
      BIN MASRAN



TARIKH SERAH: 1 hb Mei 2013









ISI KANDUNGAN TUGASAN 2

Bil
Perkara
Halaman
1.1
Pengenalan

a.
Pernyataan masalah.


b.
Objektif


c.
Lokasi

1.2
Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih

a.
Sampel kajian


b.
Dapatan kajian
- Biodata murid pendidikan khas

1.3
Gambar-gambar berkenaan murid tersebut

a.
Gambar adik Mohamad Hazze Hafizi

1.4
 Masalah disleksia yang dihadapi adik Mohamad Hazze Hafizi dan punca masalah.
1.5
Rancangan Program Intervensi yang anda gubal untuk membantu adik Mohamad Hazze Hafizi mengatasi masalah disleksia yang dihadapi.

1.6
Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan dalam kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi oleh adik Mohamad Hazze Hafizi.

a.
Ujian saringan / instrument senarai semak disleksia


b.
Ujian Pengamatan


Kesimpulan / Rumusan                                                                                                             

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN                                                                                   


TUGASAN INDIVIDU 2

Pilih seorang murid yang mengalami masalah disleksia. Hasilkan satu laporan kajian kes yang terkandung  bahagian-bahagian berikut :
  • Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih.
  • Gambar-gambar berkenaan murid tersebut.
  • Masalah disleksia yang dihadapi murid tersebut dan punca masalah  tersebut
  • Rancangan Program Intervensi yang anda gubal untuk membantu murid tersebut mengatasi masalah disleksia yang dihadapi.
  • Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan dalam kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi murid yang dipilih.


JAWAPAN


1.1          Pengenalan

Disleksia ialah gabungan dua perkataan greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud perkataan.  Membawa maksud kesukaran dalam berbahasa atau kesukaran lalam perkataan bertulis. Disleksia disebabkan masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan sukar membaca dan menulis bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia mendifinisikan pelajar disleksia sebagai pelajar yang mempunyai kecerdasan mental yang selaras atau melebihi pelajar biasa.

Pelajar disleksia menghadapai masalah menguasaian membaca, menulis dan mengeja. Pelajar disleksia juga berkemungkinan mengalami masalah emosi dan tingkah laku kerana merasa teramat kecewa dengan kesukaran-kesukaran pembelajaran yang dihadapinya.

Menurut kajian disleksia disebabkan faktor keturunan dan selebihnya berpunca dari kemalangan ketika mengandung atau selepas dilahirkan. Jenis-jenis disleksia ada tiga bahagian iaitu Disleksia visual iaitu penglihatan, Disleksia auditori atau Disleksia fonologi  iaitu pendengaran, dan Disleksia visual-auditori. Ketiga-tiga jenis disleksia ini layak untuk diberi perkhidmatan pendidikan khas.


a.            Pernyataan masalah.

Tugasan kedua memerlukan saya menjalankan kajian bagi murid yang yang menghadapi masalah disleksia. Melalui rekod guru pendidikan khas seorang murid telah dipilih sebagai responden kajian kes yang mengalami masalah disleksia.  Satu rancangan Program Intervensi perlu menyediakan bagi membantu murid tersebut mengatasi masalah disleksia yang dihadapi.

b.            Objektif
               i.   Mengkaji latar belakang keluarga dan murid yang dipilih.
               ii.  Menghurai punca-punca atau faktor-faktor masalah disleksia yang dihadapi
                     murid.
               iii. Memberi cadangan rancangan Program Intervensi yang digubal untuk
                     membantu murid yang menghadapi masalah disleksia.
               iv. Menyediakan Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang digunakan dalam
                    kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi murid yang
                    dipilih.

c.         Lokasi
            Kajian ini dibuat di Sekolah Kebangsaan Pekan. Sekolah ini terletak di Bandar
            Kudat, Sabah. Jarak Pejabat Pendidikan Daerah Kudat dengan sekolah ini hanya
            sekitar lima kilometer sahaja.

  
1.2          Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih
               a.     Sampel kajian
               Seorang murid lelaki yang berusia sembilan tahun sebagai sampel kajian ini.
               Murid ini menghadapai masalah disleksia dan sedang    mengikuti   program
               pendidikan khas di sekolah ini.
              

               b.     Dapatan kajian

                       i.        BIODATA MURID PENDIDIKAN KHAS

                                          
              
NAMA MURID
MOHAMAD HAZZE HAFIZI
JANTINA
LELAKI
UMUR
9 TAHUN
NOMBOR SIJIL BERANAK /MYKID
041127-12-0415
TEMPAT LAHIR
HOSPITAL KUDAT
BANGSA
BAJAU
AGAMA
ISLAM
NOMBOR DAFTAR
1381 (03.01.2011)
MASALAH KETIDAKUPAYAAN
DISLEKSIA
NOMBOR KAD OKU
LD 120411000385
NOMBOR AKAUN  BANK
12124-19-00022911-2

NAMA BAPA
HUSSAIN BIN JAHABI
NOMBOR MYKAD
650823-12-5061
PEKERJAAN
BEKERJA SENDIRI
NOMBOR TELEFON
0138798916
ALAMAT TEMPAT TINGGAL
KG PERPADUAN

NAMA IBU
AISAH BINTI DAMIT
NOMBOR MYKAD
720920-125822
PEKERJAAN
PEMBANTU TADBIR
NOMBOR TELEFON
0138798916


1.3          Gambar-gambar berkenaan murid tersebut.

                 a.    Gambar adik Mohamad Hazze Hafizi   
                                 
                  


 


1.4           Masalah disleksia yang dihadapi adik Mohamad Hazze Hafizi dan punca
     Masalah.
    
Secara keseluruhannya, banyak faktor yang menyebabkan adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah pemulihan. Salah satu masalah adik Mohamad Hazze Hafizi ialah masalah pembelajaran kerana menghadapi masalah disleksia dan masalah tingkah laku yang tidak menentu.

Mengikut pemerhatian, adik Mohamad Hazze Hafizi ini kadang-kadang bersikap agresif, kurang berkeyakinan, tiada tumpuan, mengganggu kawan sekelas dan banyak lagi. Dari sudut pembelajaran adik Mohamad Hazze Hafizi masalah tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis dengan jumlah ‘ya’ lapan puluh sembilan peratus (89%).

Berdasarkan instrumen senarai semak disleksia yang telah di jalankan, elemen kelemahan yang ditunjukkan sebanyak lapan puluh peratus. Dimana adik Mohamad Hazze Hafizi kerap mengelak kerja yang diberi, kurang tumpuan, keliru dengan konsep arah, menghadapi kesukaran dengan konsep urutan, tidak mengingatin arahan yang panjang, sering gopoh dan cuai dalam pergerakan.

Adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah disleksia dengan kerap melakukan kesalahan seperti menggabungkan suku kata secara terbalik, keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, tidak menghiraukan tanda bacaan, kerap melangkau baris dan sukar membaca ayat panjang. Adik Mohamad Hazze Hafizi juga sukar menyalin maklumat dari papan tulis atau yang diperdengarkan. Tulisnya sukar dibaca, lambat menulis dan menulis secara terbalik.


1.5           Rancangan Program Intervensi yang anda gubal untuk membantu adik
                Mohamad Hazze Hafizi mengatasi masalah disleksia yang dihadapi.

Setiap individu dilahirkan berbeza-beza dari segi aspek fizikal, mentel ,emosi dan sosial. Disleksia bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang. Ramai tokoh yang mengalami disleksia berjaya dengan kebolehan masing-masing seperti Tom Cruise sebagai pelakon filem hebat, Richard Branson sebagai pengasas dan pengerusi syarikat Virgin Group di London, Walter Elias sebagai pengeluar filem di Amerika dan ramai lagi.

Berbagai strategi dalam pembelajaran dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Antaranya, guru menyusun kedudukan meja, kerusi dan murid mengikut kesesuai atau keperluan murid bermasalah itu, mewujudkan aktiviti yang boleh menarik minat murid berkenaan untuk terus mengikuti pengajaran.

Sebelum memulakan sebarang program pemulihan pada adik Mohamad Hazze Hafizi, ujian pengenalpastian, instrumen senarai semak disleksai (ISD) dan ujian pengamatan perlulah dijalankan terlebih dahulu. Melalui kerjasama guru pendidikan khas dan guru pemulihan ujian-ujian ini telah dijalankan.

Adik Mohamad Hazze Hafizi mengalami disleksia lapan puluh peratus ke atas melibatkan disleksia visual-auditori. Di mana, adik ini sukar mengingati huruf yang hampir serupa dan konfigurasi perkataan. Ia juga sukar mengingati bunyi huruf yang yang mengikut suku kata dan perkataan. Oleh itu,  cara yang terbaik menjalankan pemulihan pada adik Mohamad Hazze Hafizi ialah menggunakan benda bergambar dengan tulisan di bawah, memilih perkataan yang sesuai dengan tahap pembelajarannya, menggayakan bunyi huruf dengan gerakan mulut dan tangan, serta perbanyakkan latihan bagi kemahiran yang sukar dikuasainya.

     

Adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah menulis tidak kemas , menulis  secara terbalik, lambat menyalin dan tulisannnya sukar dibaca. Pendekatan mengajar yang paling baik berkaitan dengan masalah adik ini ialah menggunakan kaedah pengajaran yang menggabungkan deria auditori, visual, oral dan kinestik secara serentak. Misalnya, menggunakan huruf-huruf dari bahan maujud bagi memudahkan adik Mohamad Hazze Hafizi mendengar guru menyebut bunyi huruf, melihat huruf, mengenali huruf dan membolehkan adik menekap huruf itu di kertas dan sebagainya.

      

1.6          Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan dalam kajian
   ini untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi oleh adik Mohamad
    Hazze Hafizi

a.      Ujian saringan / instrument senarai semak disleksia
 

  

 


 

  

b.      Ujian Pengamatan

Kesimpulan / Rumusan 

Keupayaan    belajar sangat penting bagi setiap individu. Namun, keupayaan setiap orang berbeza-beza dalam proses pembelajaran. Oleh itu, sebagai guru disleksia perlulah mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran setiap muridnya supaya kesukaran mereka menguasai pembelajaran dapat dipermudahkan. Pelajar disleksia hanya menghadapi masalah kecelaruan. Oleh itu, sebagai guru wajarlah memberi perhatian lebih kepada pelajar golongan ini supaya  kecelaruan pelajar-pelajar ini dapat diatasi dan mereka  berjaya menjadi insan sempurna.                                        

                                             
            
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

 Modul KBP 3013. Murid-murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia kanak-kanak. (sessi 2012/2013). Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia tahap 1. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. KualaLumpur Flo Enterprise.

Kamarudin bin Jeon & Siti Hajar Abdul Aziz (2012). Bahasa Malaysia Tahun 3 sekolah kebangsaan. Buku teks. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian  pelajaran Malaysia. (2011). Program literasi dan numerasi tahap 1 sekolah rendah. Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum