PEMARKAHAN
|
||
1
|
TUGASAN 1
|
|
2
|
TUGASAN 2
|
|
3
|
E FORUM
|
|
JUMLAH
|
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KBP 3013
MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN
MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
KANAK-KANAK
TAJUK ESEI
ILMIAH
ESEI-BAHAGIAN
A
TUGASAN
INDIVIDU 2
Pilih
seorang murid yang mengalami masalah disleksia. Hasilkan satu laporan kajian
kes yang terkandung bahagian-bahagian
berikut :
20 Markah
|
KUMPULAN
Group UPSI-1(U)(A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
|
NO. ID
|
NO. TELEFON
|
JURAYAH @ JANE BOTOHONG
|
D20102042506
|
017-8015973
|
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-S
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR
MADYA DR.MD NASIR
BIN
MASRAN
TARIKH SERAH: 1 hb Mei 2013
ISI KANDUNGAN TUGASAN 2
Bil
|
Perkara
|
Halaman
|
|
1.1
|
Pengenalan
|
||
a.
|
Pernyataan masalah.
|
||
b.
|
Objektif
|
||
c.
|
Lokasi
|
||
1.2
|
Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih
|
||
a.
|
Sampel kajian
|
||
b.
|
Dapatan kajian
- Biodata murid pendidikan khas
|
||
1.3
|
Gambar-gambar berkenaan murid tersebut
|
||
a.
|
Gambar adik Mohamad Hazze Hafizi
|
||
1.4
|
Masalah disleksia yang dihadapi adik Mohamad
Hazze Hafizi dan punca masalah.
|
||
1.5
|
Rancangan Program Intervensi yang anda gubal
untuk membantu adik Mohamad Hazze Hafizi mengatasi masalah disleksia yang
dihadapi.
|
||
1.6
|
Instrumen dan kaedah ujian diagnostik
yang anda gunakan dalam kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang
dihadapi oleh adik Mohamad Hazze Hafizi.
|
||
a.
|
Ujian
saringan / instrument senarai semak disleksia
|
||
b.
|
Ujian
Pengamatan
|
||
Kesimpulan / Rumusan
|
|||
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
|
TUGASAN INDIVIDU 2
Pilih seorang murid yang mengalami masalah
disleksia. Hasilkan satu laporan kajian kes yang terkandung bahagian-bahagian berikut :
- Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih.
- Gambar-gambar berkenaan murid tersebut.
- Masalah disleksia yang dihadapi murid tersebut dan punca masalah tersebut
- Rancangan Program Intervensi yang anda gubal untuk membantu murid tersebut mengatasi masalah disleksia yang dihadapi.
- Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan dalam kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi murid yang dipilih.
JAWAPAN
1.1 Pengenalan
Disleksia ialah
gabungan dua perkataan greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud
perkataan. Membawa maksud kesukaran
dalam berbahasa atau kesukaran lalam perkataan bertulis. Disleksia disebabkan
masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan sukar membaca dan menulis bahasa.
Kementerian Pelajaran Malaysia mendifinisikan pelajar disleksia sebagai pelajar
yang mempunyai kecerdasan mental yang selaras atau melebihi pelajar biasa.
Pelajar
disleksia menghadapai masalah menguasaian membaca, menulis dan mengeja. Pelajar
disleksia juga berkemungkinan mengalami masalah emosi dan tingkah laku kerana
merasa teramat kecewa dengan kesukaran-kesukaran pembelajaran yang dihadapinya.
Menurut kajian
disleksia disebabkan faktor keturunan dan selebihnya berpunca dari kemalangan
ketika mengandung atau selepas dilahirkan. Jenis-jenis disleksia ada tiga
bahagian iaitu Disleksia visual iaitu penglihatan, Disleksia auditori atau
Disleksia fonologi iaitu pendengaran,
dan Disleksia visual-auditori. Ketiga-tiga jenis disleksia ini layak untuk
diberi perkhidmatan pendidikan khas.
a. Pernyataan
masalah.
Tugasan kedua
memerlukan saya menjalankan kajian bagi murid yang yang menghadapi masalah
disleksia. Melalui rekod guru pendidikan khas seorang murid telah dipilih
sebagai responden kajian kes yang mengalami masalah disleksia. Satu rancangan Program Intervensi perlu
menyediakan bagi membantu murid tersebut mengatasi masalah disleksia yang
dihadapi.
b. Objektif
i. Mengkaji latar belakang keluarga dan murid
yang dipilih.
ii. Menghurai punca-punca atau faktor-faktor masalah
disleksia yang dihadapi
murid.
iii. Memberi cadangan rancangan
Program Intervensi yang digubal untuk
membantu murid yang menghadapi masalah
disleksia.
iv. Menyediakan Instrumen dan
kaedah ujian diagnostik yang digunakan dalam
kajian ini untuk mengesan masalah
disleksia yang dihadapi murid yang
dipilih.
c. Lokasi
Kajian ini dibuat di Sekolah
Kebangsaan Pekan. Sekolah ini terletak di Bandar
Kudat, Sabah. Jarak Pejabat
Pendidikan Daerah Kudat dengan sekolah ini hanya
sekitar lima kilometer sahaja.
1.2 Latar
belakang keluarga dan murid yang dipilih
Seorang murid lelaki yang berusia
sembilan tahun sebagai sampel kajian ini.
Murid ini menghadapai masalah
disleksia dan sedang mengikuti program
pendidikan khas di sekolah ini.
b. Dapatan kajian
i. BIODATA MURID PENDIDIKAN KHAS
NAMA MURID
|
MOHAMAD HAZZE
HAFIZI
|
JANTINA
|
LELAKI
|
UMUR
|
9 TAHUN
|
NOMBOR SIJIL
BERANAK /MYKID
|
041127-12-0415
|
TEMPAT LAHIR
|
HOSPITAL KUDAT
|
BANGSA
|
BAJAU
|
AGAMA
|
ISLAM
|
NOMBOR DAFTAR
|
1381
(03.01.2011)
|
MASALAH
KETIDAKUPAYAAN
|
DISLEKSIA
|
NOMBOR KAD OKU
|
LD
120411000385
|
NOMBOR
AKAUN BANK
|
12124-19-00022911-2
|
NAMA BAPA
|
HUSSAIN BIN
JAHABI
|
NOMBOR MYKAD
|
650823-12-5061
|
PEKERJAAN
|
BEKERJA
SENDIRI
|
NOMBOR TELEFON
|
0138798916
|
ALAMAT TEMPAT
TINGGAL
|
KG PERPADUAN
|
NAMA IBU
|
AISAH BINTI
DAMIT
|
NOMBOR MYKAD
|
720920-125822
|
PEKERJAAN
|
PEMBANTU
TADBIR
|
NOMBOR TELEFON
|
0138798916
|
1.3 Gambar-gambar
berkenaan murid tersebut.
a. Gambar
adik Mohamad Hazze Hafizi
1.4 Masalah disleksia yang dihadapi adik
Mohamad Hazze Hafizi dan punca
Masalah.
Secara keseluruhannya, banyak faktor yang
menyebabkan adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah pemulihan. Salah satu
masalah adik Mohamad Hazze Hafizi ialah masalah pembelajaran kerana menghadapi
masalah disleksia dan masalah tingkah laku yang tidak menentu.
Mengikut pemerhatian,
adik Mohamad Hazze Hafizi ini kadang-kadang bersikap agresif, kurang
berkeyakinan, tiada tumpuan, mengganggu kawan sekelas dan banyak lagi. Dari
sudut pembelajaran adik Mohamad Hazze Hafizi masalah tahap penguasaan mengeja,
membaca dan menulis dengan jumlah ‘ya’ lapan puluh sembilan peratus (89%).
Berdasarkan instrumen
senarai semak disleksia yang telah di jalankan, elemen kelemahan yang
ditunjukkan sebanyak lapan puluh peratus. Dimana adik Mohamad Hazze Hafizi
kerap mengelak kerja yang diberi, kurang tumpuan, keliru dengan konsep arah,
menghadapi kesukaran dengan konsep urutan, tidak mengingatin arahan yang
panjang, sering gopoh dan cuai dalam pergerakan.
Adik Mohamad Hazze
Hafizi menghadapi masalah disleksia dengan kerap melakukan kesalahan seperti
menggabungkan suku kata secara terbalik, keliru membezakan bunyi abjad yang
hampir sama dalam suku kata, tidak menghiraukan tanda bacaan, kerap melangkau
baris dan sukar membaca ayat panjang. Adik Mohamad Hazze Hafizi juga sukar menyalin
maklumat dari papan tulis atau yang diperdengarkan. Tulisnya sukar dibaca,
lambat menulis dan menulis secara terbalik.
1.5 Rancangan Program Intervensi yang anda
gubal untuk membantu adik
Mohamad Hazze Hafizi mengatasi masalah
disleksia yang dihadapi.
Setiap individu
dilahirkan berbeza-beza dari segi aspek fizikal, mentel ,emosi dan sosial.
Disleksia bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang. Ramai tokoh yang
mengalami disleksia berjaya dengan kebolehan masing-masing seperti Tom Cruise
sebagai pelakon filem hebat, Richard Branson sebagai pengasas dan pengerusi
syarikat Virgin Group di London, Walter Elias sebagai pengeluar filem di Amerika
dan ramai lagi.
Berbagai
strategi dalam pembelajaran dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
di kelas. Antaranya, guru menyusun kedudukan meja, kerusi dan murid mengikut
kesesuai atau keperluan murid bermasalah itu, mewujudkan aktiviti yang boleh
menarik minat murid berkenaan untuk terus mengikuti pengajaran.
Sebelum
memulakan sebarang program pemulihan pada adik Mohamad Hazze Hafizi, ujian
pengenalpastian, instrumen senarai semak disleksai (ISD) dan ujian pengamatan
perlulah dijalankan terlebih dahulu. Melalui kerjasama guru pendidikan khas dan
guru pemulihan ujian-ujian ini telah dijalankan.
Adik Mohamad Hazze
Hafizi mengalami disleksia lapan puluh peratus ke atas melibatkan disleksia
visual-auditori. Di mana, adik ini sukar mengingati huruf yang hampir serupa
dan konfigurasi perkataan. Ia juga sukar mengingati bunyi huruf yang yang
mengikut suku kata dan perkataan. Oleh itu,
cara yang terbaik menjalankan pemulihan pada adik Mohamad Hazze Hafizi
ialah menggunakan benda bergambar dengan tulisan di bawah, memilih perkataan
yang sesuai dengan tahap pembelajarannya, menggayakan bunyi huruf dengan
gerakan mulut dan tangan, serta perbanyakkan latihan bagi kemahiran yang sukar
dikuasainya.
Adik Mohamad Hazze
Hafizi menghadapi masalah menulis tidak kemas , menulis secara terbalik, lambat menyalin dan
tulisannnya sukar dibaca. Pendekatan mengajar yang paling baik berkaitan dengan
masalah adik ini ialah menggunakan kaedah pengajaran yang menggabungkan deria
auditori, visual, oral dan kinestik secara serentak. Misalnya, menggunakan
huruf-huruf dari bahan maujud bagi memudahkan adik Mohamad Hazze Hafizi
mendengar guru menyebut bunyi huruf, melihat huruf, mengenali huruf dan
membolehkan adik menekap huruf itu di kertas dan sebagainya.
1.6 Instrumen
dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan dalam kajian
ini
untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi oleh adik Mohamad
Hazze Hafizi
a. Ujian saringan / instrument senarai semak disleksia
b.
Ujian Pengamatan
Kesimpulan
/ Rumusan
Keupayaan belajar sangat penting bagi setiap individu.
Namun, keupayaan setiap orang berbeza-beza dalam proses pembelajaran. Oleh itu,
sebagai guru disleksia perlulah mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran
setiap muridnya supaya kesukaran mereka menguasai pembelajaran dapat
dipermudahkan. Pelajar disleksia hanya menghadapi masalah kecelaruan. Oleh itu,
sebagai guru wajarlah memberi perhatian lebih kepada pelajar golongan ini
supaya kecelaruan pelajar-pelajar ini
dapat diatasi dan mereka berjaya menjadi
insan sempurna.
BIBLIOGRAFI
/ RUJUKAN
Modul
KBP 3013. Murid-murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
kanak-kanak. (sessi 2012/2013). Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia tahap 1. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Salmah Ayub. (1992). Pergerakan
kreatif dan pendidikan. KualaLumpur Flo Enterprise.
Kamarudin bin Jeon & Siti Hajar Abdul Aziz (2012). Bahasa Malaysia Tahun 3 sekolah kebangsaan.
Buku teks. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian pelajaran Malaysia.
(2011). Program literasi dan numerasi
tahap 1 sekolah rendah. Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum